Tuesday, December 21, 2010

Lupakan si Dia

Artikel ini telah disumbangkan oleh touyakaruma di Forum Tentang Cinta.

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk.

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu. ;))

P/S : Tips pada sapa-sapa yg putus cinta & payah nak lupekan...
Ofcoz la payah nak lupekan die kn. Lagi2 couple 4-5 tahun dah. Tapi at least cube daripada tak buat apa-apa.. :))

Monday, December 13, 2010

Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan...

Wah... lame nyer aku menyepikan diri dari berblog nih. Da penuh habuk da blog aku nih. Hari ni tibe-tibe rase rajin pulak nk mengupdate.
Ok, benda yang aku nk ketengahkan hari nie ade lah pasal 'ajal maut jodoh pertemuan' semua di tangan tuhan. Kita hanya mampu merancang, tuhan yg menentukan. Dalam setiap perhubungan semua orang mintak yang baik-baik, tak ade sape dalam dunia nih yang mahukan perpisahan. Tapi jika sudah tertulis Qada' & Qadar  perpisahan juga yang berlaku maka kita kene terima nyer dan redha. Berserah segala-gala pada Nya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Dato' Dr Fadzilah Kamsah penah mengatakan, 'Before we meet the right person, we meet the wrong person'. Jadi percaya lah setiap yang berlaku pasti ade hikmah dan 'the right person' akan menunggu kite. Hanya perlu berdoa pada illahi dan bersabar. Telah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan setiap perhubungan tapi kuasa Allah tiada siapa boleh melawan nyer. Bersabarlah.

Aku?
Masih bujang, belum berumahtangga dan dalam proses mengenali insan yang baru aku kenal pada 8 Mei 2006. Sentiasa mendoakan yang terbaik dalam hubungan ini n 'hope he will be the right person' yang aku inginkan.
Kawin?
Still belom ade perancangan, tunggu dan sabar. If ade jodoh, Alhamdulillah.. If telah ditakdirkan tiada jodoh, hanya mampu berserah dan redha.

Tapi pengalaman orang sekeliling aku sentiasa membuat kan aku lebih berhati-hati dan menjadi pengajaran untuk aku. Baik yg sudah berkahwin mahupun yang sedang bercinta. Hanya mohon pada illahi mintak dijauhkan dari diri ini.

Ya Allah ya tuhanku,
sesungguhnya hamba mu ini terlalu banyak berdosa padamu,
terlalu jahil tentang keimanan dihati.
Kau peliharalah hamba Mu ini dari segala dosa dan Kau bukakanlah pintu hatinya untuk bertaubat dan kembali bersujud padaMu ya Allah dan meminta keampunan.
Sesungguhnya kami ini terlalu kedil disisiMu ya Allah.
Semoga hubungan yang telah lama dibina ini kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat. Aminn...