Tuesday, December 21, 2010

Lupakan si Dia

Artikel ini telah disumbangkan oleh touyakaruma di Forum Tentang Cinta.

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk.

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu. ;))

P/S : Tips pada sapa-sapa yg putus cinta & payah nak lupekan...
Ofcoz la payah nak lupekan die kn. Lagi2 couple 4-5 tahun dah. Tapi at least cube daripada tak buat apa-apa.. :))

Monday, December 13, 2010

Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan...

Wah... lame nyer aku menyepikan diri dari berblog nih. Da penuh habuk da blog aku nih. Hari ni tibe-tibe rase rajin pulak nk mengupdate.
Ok, benda yang aku nk ketengahkan hari nie ade lah pasal 'ajal maut jodoh pertemuan' semua di tangan tuhan. Kita hanya mampu merancang, tuhan yg menentukan. Dalam setiap perhubungan semua orang mintak yang baik-baik, tak ade sape dalam dunia nih yang mahukan perpisahan. Tapi jika sudah tertulis Qada' & Qadar  perpisahan juga yang berlaku maka kita kene terima nyer dan redha. Berserah segala-gala pada Nya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Dato' Dr Fadzilah Kamsah penah mengatakan, 'Before we meet the right person, we meet the wrong person'. Jadi percaya lah setiap yang berlaku pasti ade hikmah dan 'the right person' akan menunggu kite. Hanya perlu berdoa pada illahi dan bersabar. Telah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan setiap perhubungan tapi kuasa Allah tiada siapa boleh melawan nyer. Bersabarlah.

Aku?
Masih bujang, belum berumahtangga dan dalam proses mengenali insan yang baru aku kenal pada 8 Mei 2006. Sentiasa mendoakan yang terbaik dalam hubungan ini n 'hope he will be the right person' yang aku inginkan.
Kawin?
Still belom ade perancangan, tunggu dan sabar. If ade jodoh, Alhamdulillah.. If telah ditakdirkan tiada jodoh, hanya mampu berserah dan redha.

Tapi pengalaman orang sekeliling aku sentiasa membuat kan aku lebih berhati-hati dan menjadi pengajaran untuk aku. Baik yg sudah berkahwin mahupun yang sedang bercinta. Hanya mohon pada illahi mintak dijauhkan dari diri ini.

Ya Allah ya tuhanku,
sesungguhnya hamba mu ini terlalu banyak berdosa padamu,
terlalu jahil tentang keimanan dihati.
Kau peliharalah hamba Mu ini dari segala dosa dan Kau bukakanlah pintu hatinya untuk bertaubat dan kembali bersujud padaMu ya Allah dan meminta keampunan.
Sesungguhnya kami ini terlalu kedil disisiMu ya Allah.
Semoga hubungan yang telah lama dibina ini kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat. Aminn...

Friday, October 22, 2010

Rain (bi)

Penah dengar tak name Rain? Kenal tak? ala yang putih2, mata sepet, hencem2 tu. hahaha.. Well, sape tak kenal boleh mintak tolong Pak Cik Google search kan. Taip je Rain Bi, melambak lambak lah kuar nanti. Ala ingat tak iklan shampoo Clear yang "Nama saya Rain.." hakhakhak.. Tapi jarang lah orang tak kenal Rain. Majoriti semua orang kenal Rain. Artis korean yang very versetile. Tak kenal jugak lagi? yela2 aku tunjuk lah muke nyer..
Rain
 
Perghhh... minat giler aku kat mamat ni. Bukan minat sikit2 nih. Minat banyak. Rase nyer lau ade sape2 yang agak2 betol2 nk wat surprise kat aku, ni la suprise yang paling menjadi tuk aku. bawak die jumpa depan mata aku! perghh.. terjun tingkap jugak lah aku nnt.

Aku kenal mamat ni mase thn 2005 time tue die belakon cite Full House. Start dari tu aku mmg admire giler vavi kat dier. hahaha.. Angau lak gak an. Lam cite Full House tu, ya rabbi comel gler la muke nye mamat nih. Cair aku tau tak. Lam cite tu die pegang watak Lee Young Jae yang kawin kontrak dengan Han Ji-Eun. Keje dorang asik gado je dalam tu tapi gado2 comel laa. haha.

Full House
Sampai aku ade lah full episod cite Full House tu minat punyer pasal kan. Then bile dah abis Full House aku tengok cite A Love To Kill pulak. Rain jugak belakon tapi heroin die orang lain lah. Yang tue pun besh jugak tp lebih pada romance lah. Full House ni romance + comedy. Then dah habis tengok A Love To Kill aku tengok cite Sang Doo Let's Go To School pulak. Tu pun Rain belakon gak. Tapi dalam tiga-tiga korean drama yang Rain belakon Full House the best lah. 

A Love To Kill

Sang Doo Let's Go To School
Dan Rain ade belakon 1 filem dengan holywood tajuk die Ninja Assassin. Hari tu mase Ninja Assassin tengah main kat wayang ade gak ajak Mr My BoO g tengok tapi tak jadi sbb tiket full, mase tak sesuai dan macam2 lagi. So, sampai habis lah cite tu kat wayang, then aku beli lah DVD nyer.. Original ok! huh. Pat gak lah tengok. Tip top bai.



Rain bukan takat leh belakon jer, menyanyi pun boleh dan terkenal dengan tarian nyer. Rain sebenanyer seorang penyanyi lepas tu baru berjinak-jinak dalam lakonan. Lau tak caye boleh tengok die kat dalam Youtube mmg belambak video die menari dan menyanyi.

Lau korang nak tau, Rain ni pun penah wat konsert di seluruh asia pada tahun 2007 ke 2006 lau tak silap dan Malaysia ade tersenarai dalam konsert tersebut. Senang cite Rain ni penah datang buat konsert kat Malaysia la tapi time tu aku tak berkesempatan nak pegi. Antara sebab2 nyer, aku kat Poli Sabak Bernam time tu, tengah study, then bile study tu dah tentu2 lah student and bile student tu paham2 lah kan, wit nyer enggak ada. Thats y la tak pegi. Agak frust lah kan.

So, tamat lah sudah cite pasal Rain. Lau nak tau lebih lagi sile search Google yer.. :)

Tuesday, October 12, 2010

Sindrom anak kedua !

Antara sifat-sifat anak kedua : -
  • Keras kepala
  • Degil
  • Ego
  • Garang 
  • Bertanggungjawab
  • Penyayang
  • Berdikari

Terlintas dalam kepala aku tuk tulis entri pasal sindrom-sindrom atau sifat-sifat anak kedua nih. Kenapa aku nak tulis sal perangai anak kedua? nape aku tak tulis pasal perangai anak pertama, ketiga, keempat dan bongsu?? hehehe.. Ofcoz la sebab aku anak kedua so, entri aku pun sal perangai anak kedua lah.ok!

Orang cakap anak kedua ni sukar tuk difahami, perangai die boleh berubah tibe-tibe dalam sekelip mata jer.

Anak kedua ni degil ya amat! yang orang cakap jangan buat yang tu lah yang dibuat. Keras kepala lak tu, orang cakap tak nak dengar. Lau die kate nak buat tu, tu lah yang die buat, jangan la kate tak boleh, memberontak die kang. Lagi satu, anak kedua nih selalu nak menang, lau tengah bergadoh, tak kire lah gado ngn sape, BF ke kawan ker, family ke adik beradik ker, die akan pastikan die menang. huhuhu.. Selalu rase ape yang die buat tu betol. Padahal kadang-kadang  tak betol pun. hahaha..
 
Pas tu anak kedua nih garang. Betol tak? lau tak caye, korang try tengok orang-orang sekeling korang yang anak kedua. Korang punyer Mak Ngah ker, Kak Ngah ker, Abg Ngah ker, Tok Ngah ker, Angah ker dan yang sewaktu dengan nyer mesti garang. Tol tak?? hahaha.. Majoriti dorang memang garang. Contoh nyer cam aku ler.. lalala..

Anak kedua jarang nak mengaku kesalahan die. Sentiase rase diri die betol. Tu lah name nyer EGO! Padahal kadang-kadang die tau die salah.

Tapi dalam kasar-kasar anak kedua nih pn ade gak lembut die lau kene dengan gaya. Lau kene dengan cara menegurnyer, menasihatinyer, mendengar kata jugak sebenarnyer anak kedua nih. Cuma kene pandai tackle hati die lah.

Banyak sifat-sifat negatif kan dalam diri anak kedua nih tapi sebenarnyer ade jugak positif die. Lau korang perasan lah kan, anak kedua nih boleh dikategorikan anak yang boleh diharap lah jugak. Bertanggungjawab dalam semua perkara lagi-lagi perkara yang berkaitan ngan family nih die jarang nak berkire. Die ikut jer.. As long as family die happy. Die selalu mementingkan family dari benda-benda lain. Thats why anak kedua nih penyayang. Die suke kan budak, die tak boleh tengok orang susah, teraniaya, lagi-lagi family die sendiri seboleh-boleh die nak tolong. 

The last thing... anak kedua nih suke berdikari dan tak suke mengharap kat sape-sape. Selagi die mampu die akan buat sendiri. Macam mane kosong pun wit dalam purse atau akaun bank die, die jarang nak pinjam duit orang. melainkan time terdesak. Die jarang nk tunjuk kat orang susah senang hidup die. Banyak pendam sorang-sorang la senang citer.. hehehe.. beremosi ckit anak kedua nih. kuat emo... contoh nyer merajuk lah.. hehehe..

Walaubagaimanapun anak kedua nih sangat lembut hatinyer. Lau kene gaya menegurnyer, mendengar kata jugak sebenarnyer.

Ok, tujuan aku tulis entri nih? erm, nape ek???
Saje je nak luah perasaan melalui blog. Sebab kadang-kadang orang sekeliling aku pun payah nak paham perangai aku. Family aku, especially mak aku lah yang paling rapat ngn aku dan My BoO yang dulu cukup payah nak paham perangai aku tapi sekarang alhamdulillah die pun da semakin memahami aku. Syukur.... Mak aku pun same. Kene banyak bersabar dengan perangai ank kedua nih kan. Thanx pada family aku, My BoO dan kawan-kawan aku yang banyak sabar dengan perangai aku ank kedua.. hihihi.. =) Banyak lagi nk cite sal perangai anak kedua nih tapi tak pelah kite cite lain hari pulak yer..


p/s : macam banyak cite sal perangai sebenar aku jer.. kihkihkih...

Thursday, September 2, 2010

30 Perkara Lelaki harus tahu mengenai Perempuan...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak  menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, August 21, 2010

Mimpi...

Perghhh.. Syok nyer mimpi aku tadi. Bangun pagi senyum sampai ke telinga jer. Rase cam tak mau bangun. Nak mimpi jer. hehe..

Nak tau mimpi ape???
Mimpi 'Kahwin'. Sape? Me n Mr My Boo laa. haha. 
Tapi dalam mimpi tue takde la kenduri2 tue tapi aku tau la mimpi tue aku da kawin.
Syok sangat tau. Mr My Boo sangat take care dalam mimpi tue. Hoho.

Tapi rase macam kejap jer mimpi tue. Cam tak cukup. Rase cam nak mimpi lagi. Huh!
Lagi satu ramai lak tue yang terlibat lam mimpi aku tue. Antare nyer, Elina, Suzi, Siti and ramai lagi la. haha. (ayat xboleh blah!)

Search gak dalam Google, ape maksud mimpi aku ni eh? Hurm.. sampai kesudah tak jumpe. Biar la. Hanya aku jer yang tau. Tapi mimpi yang syok ni main peranan gak kan. Sebab bila kita mimpi syok, bangun pagi tue ceria jer. Tak der nak marah-marah, moody-moody.. huhu.

Ape-ape pun benda tue kan mimpi jer. Orang tue-tue kata mainan tidor. hehe. So, biarlah ia berlalu. :)


Tuesday, August 10, 2010

Kantoi!

Tanggal 6 Ogos 2010, aku alik keje lambat ckit sbb ade keje kn so, kire OT ler. Lam kul 7 lebih cam tue aku pn gerak ler alik dari ofis ke umah. 

Macam biasa lah, aku ni lau drive cam setan ckit. Bawak 100 km/j pas tue sape2 yg depan aku bwk kete lembab cam ciput mmg kne cucuk ngn aku. Nak di jadikan cite, mlm tue lam kul 7.40 pm cam tue, ade 1 kete ni masuk depan then dengan gelabah anjing nyer aku tgk die mencucuk2 kete depan die, yg kete depan tu plak wat tak tau jer. Tak reti nak ke tepi. Paneh la plak aku menengok kete tu mencucuk2 kete depan tue kn, aku pn pe lagi aku pn cucuk la kete yg gelabah anjing nk mencucuk kete depan tue. Then kete gelabah anjing tue pn mengalah ngn aku terus ke tepi, aku pn terus la ke depan ingat nk mencucuk kete depan tue la plak..

Jeng jeng jeng... Sekali aku tgk kete depan ni cam aku knl jer. Proton Wira. tengok no plat.. Aiyak.... Skali kete bapak den laaa..... aishhh, tak jadi den nak mencucuk.. hahaha.. Folow dari belakang baik punyer, tak der nak cucuk2 da. haha.. Lawak la bapak den ini. Rupenyer kete yang tak reti ke tepi, kene cucuk ngn kete gelabah anjing tue kete bapak den ruponyor.. adoiiiiii... kantoi!!!


ni la kete yang selalu mencucuk2 orang kat jalan tue.. aishhh

Tuesday, August 3, 2010

Get Something!!!


31 Julai, org tua 2 kasi aku perfume, aku plak men amik je tak tengok. Sampai umah baru pasan yang tu perfume for Him. Rupanyer org tue tu salah kasi. Tapi tak pe lah, 1 Ogos aku g tukar perfume tu kat umah die, maka dapat la yang for Her punyer. Org tue tu pn tak de kasi tau aku pun perfume ni sempena ape, suke2 ke ape ke kan. Tapi sebananyer aku da tau awl2 lagi die nk kasi aku perfume sempena bday aku ri tu. mane aku tau??? aku terbace sms die kasi kat member die la. hahaha.. kantoi!!! tp aku tak de lah kasi tau ape2 kat die. Aku wat2 cam xtau pape je la. Well menjadi gak aku berlakon kn??? ;p 


Ape2 pun thanx a lot k My BoO!! coz kasi perfume.. well, cam tau2 je aku suke perfume, maka dengan perfume yg My BoO kasi ni, bertambah lagi la koleksi perfume aku. mane 1 mau pkai dlu ek?? sume aku pkai nnt.. huhuhu.. Tapi ape2 pun aku suke bau nyer, tau2 jer citarase aku org tue nih.. huh!


Saturday, July 17, 2010

Seruan Ilahi

19 September 2009
Malam raya kat kampung abah (Perak) tak semeriah tahun2 dulu. Selalunyer pok yen yg paling suke main mercun pas 2 lawan2 ngn budak kampung sebelah, tapi tidak pade thn ni. Pok yen lebih byk duduk kat dalam umah dan bersembang dengan abah, mak, maklang dan atok aku. Die cume bakar bunge api yg plg special jer, die simpan tuk bakar time malam raye ngn kitorg sume. Lepas da abis bunga api 2 die pun berangkatlah kerumah mertua die. Tak pernah aku sangka yang itu adalah kali terakhir kami bermain bunga api bersama-sama pok yen. Rumah mertua die kat dalam kampung aku ni jer. Die janji dengan aku, pagi raya sok die naik umah atok aku. Sampai jer die kat umah mertua die, die makan lemang, mase die makan lemang, die batok n muntah yang sangat teruk dan terpaksa hantar ke hospital. Mase tu da tengah malam tak de sape yang ade kete kat area umh mertua die. so, die suruh Cik mah isteri die telefon aku, die kate aku leh bwk die g hospital. tapi mertuanyer kate, xpayah coz tkt ganggu aku tgh tido. Pas 2 dorg panggil jiran sebelah umh. Di hospital doktor kate jantung pok yen amat kritikal, bile2 mase jer boleh jatuh. So, doktor terpakse menahan pok yen di wad. tapi memikirkan malam raye, cik mah mintak kat doktor tuk bwk pok yen blk tuk sambut raye. Doktor berat hati nak lepaskan, tapi doktor bagi tempoh 2hari je tuk pokyen masuk balik ke hospital tapi kali ni bkn hospital selama, perak tapi pok yen kene pergi ke hospital taiping yang lebih lengkap peralatan nyer.

20 September 2009
Aku bangun awal pagi tuk siap2 beraye. Bangun jer terus g mandi, pas 2 pakai baju raye, pas tu makan, pas tu solat raye berjemaah dekat umah, dah solat beraye ngn sume orang pulak, pastu makan balik, tgk tv lagi n makan lagi. Tunggu punyer tunggu pok yen xnaik umah atok aku lagi. Pastu kitorg dapat panggilan dari cik mah, cik mah cakap pok yen xdapat naik coz pasal malam td. Terkejut gler aku dengar. Tapi kitorg sume rahsiakan hal ni dari atok coz takut die pulak yang jatuh nnt lau dengar. So, kitorg pun ape lagi, terus siap2 sume pegi umah mertue pok yen beraya kat sane trus. Cume atok jer yang tinggal kat umah. Lagi pn die xlarat. Kitorg nak tengok sangat keadaan pok yen ketika tu. Abah ade berpesan kat pok yen, " Yen jage kesihatan, jangan buat keje berat, g hospital cepat jangan tangguh2, aku tak de sape lagi yen, aku ade mu sorang jer." bergenang air mata pok yen bile abah cakap cam 2.

21 September 2009
Hari ni b'day pok yen yang ke 44 tahun. Dan atok pulak dapat tahu mengenai kesihatan pok yen. Ape lagi, die pun terus siap2 la nak g tengok pok yen kat umah besan die. Bile dah siap2, die pun duduk jap tgu adik aku siap coz adik aku yg nak bawak die g tgk pok yen. Tgh die duduk, aku tgk atok aku ni da lain ni, makin lemah, pas 2 die jatuh. Aku pun terus la jerit panggil mak lang, makcik aku yg menjage atok dan arwah nenek aku selama ni. aku urut dada atok aku, kaki tangan sume aku urut, mengucap, pas tu kitorg baringkan die. Mak lang suruh aku tepon cik mah, bagi tau pok yen pasal atok aku ni. Aku pun tepon la, cik mah kate pok yen da sehat ckit. Pas tu pok yen pun terus naik umah atok aku. Bile pokyen sampai jer, die terus pegi kat atok aku. Aku tuangkan minyak kat tangan pokyen, pokyen urut atok aku, atok aku pegang je tangan pok yen mase pok yen sampai. Atok tanye, " Yen, cam mane? sehat da ker?". Pok yen pun jawab, "Abah xde ape, abah sehat, ckit je 2, cher xyah dok longhat la. Minggu depan kite g hospital taiping cek same2, t kite dok katil sebelah2." hahaha.. lawak tol pok yen nih. Menitik air mate aku time 2. Kat kampung abah aku ni panggilan atok adalah 'Cher'. Atok pun nmpk makin sehat bile die tengok pok yen mcm da sehat. Bile atok aku tdo, aku nmpk pok yen duduk tepi dinding, urut2 dada. Aku tau pok yen belom sehat, tapi die slalu cam tu, buat2 mcm die sehat. Tu lah pok yen seboleh2 nyer die xnk orang nmpk die sakit. Malam tu pok yen potong kek b'day nyer. bersungguh betol pok yen nk potong kek b'day die. selalu nyer die x mcm tu.

23 September 2009
Aku alik Penang kampung mak aku.

27 September 2009
Bersiap tuk alik Kajang. On da way nak alik kajang tu aku teringat kat pok yen, so, ajak la abah singgah umah pok yen kat taiping. Aku pun tepon lah pok yen tanyer pok yen da alik taiping ker blom. Pok yen kate die kat kampung lagi xalik taiping lagi. die kate, "xpela kak ngah t len kali kite jumpe, t pok yen g tempat kak ngah nek flight". Tergelak2 aku dengar die ckp cam 2.

28 September 2009
Abah tepon pok yen tanye pok yen die dah g hospital ke belom. Pok yen kate dah pegi, cek2 doktor kate, salur jantung berlubang. Doktor suh die masuk hospital time 2 jugak tapi die kate die nak alik kemas barang dulu, esk die masuk hospital. Doktor da pesan jangan wat keje berat, angkat barang, even angkat kotak pn xbole.

29 September 2009
Mak aku pulak yang tepon pok yen nak tanye pok yen da g hospital belom. Cik mah kate pas balik semalam, pok yen xnak g hospital pulak. xtau da nak ckp cam mane. Pastu dok umh bkn nyer dok saje, die g panjat pokok mangga kat umah die la, die angkat tong gas laa. Aduuuuh pok yen kan doktor da pesan pok yen xleh angkat benda berat tapi nape pok yen xnak dgr cakap doktor. Die kate esk die pegi hospital.

30 September 2009
Pagi2 lagi pok yen dah bangun, minum teh pas tu hantar Fatin dan Loqman anak pok yen g sekolah. Balik dari anta dorg, pok yen balik makan. lam kul 9 pagi pok yen nak g ofis, die cari cik mah sebelum die keluar, tengok2 cik mah tengah mandi lam bilik air, die ketuk pintu bilik air 2 die suh cik mah kuar jap, bile cik mah da kuar die senyum kat cik mah, pas 2 cik mah tanye, " nak g mane abah?", pok yen jawab,"nak g da nih. G pejabat sat.". pas tu dier pun terus g ofis nek motor. Die g tolong2 orang wat gotong-royong, pastu kawan die suruh die balik sbb tau die xsehat kene g hospital, die pun dah amik cuti. Pok yen pun balik, dalam perjalanan nak balik 2, mungkin die rase sakit sgt dada die, die pun trus berhenti kat klinik dalam keadaan yg kesakitan siap amik nombor lagi nurse 2 kate. Pokyen2, pokyen xsepatut nyer amik no lagi dalam keadaan cam tu pok yen. Dan akhir nyer pok yen jatuh kat klinik 2 dan pihak klinik yang menghantar pok yen ke hospital taiping. Pok yen menghembuskan nafas nyer yang terakhir di hospital taiping. Kate doktor, salur jantung pok yen da pecah.Tepat pukul 11 aku mendapat panggilan dari mak, mak suruh aku kemas barang sume balik, "Pok Yen da xde kak ngah". Innalillahiwainnahiraji'un..... aku da xdapat nak kate ape2, terus menitik air mata aku bercurah2.

Ya Allah ya tuhanku, aku dah kehilangan orang yg aku sayang wat selama-lame nyer. Tiap kali aku alik kampung, aku akan tgu die balik umah atok aku. tapi sekarang xlagi. Tiap kali aku nak alik kampung, bile lalu taiping, msti singgah taiping umah pok yen tapi skrg x lagi. Tiap kali nak cuci kete, msti ajak pok yen tapi skrg x lagi. Tiap kali raye ade pok yen msti meriah.. tapi skrg aku akn menzirah kubur pok yen. Cepat betol mase berlalu, rase belom puas lagi hidup bersama nyer. Kami semua sayang pok yen tapi Allah lebih menyayangi pok yen. Pok yen pergi di usia 44 tahun.

We all miss u so much pok yen terutama, cik mah, fatin, loqman dan aleeya.. semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempat kan dikalngan orang2 yg beriman. Aminnnnnnnn..........





Friday, July 9, 2010

Nama Jepun!

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJACI CARIMATI

14. Yang hidup menyusahkan orang - KICHI KICHI TAMAUMATI

15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI

Kalau binatang ada Facebook....


Kalau binatang ada FB, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu…….
Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah. ..
Aedes : Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam : Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! …
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina : “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”
Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…
Nyamuk : Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …
Kucing : Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!
Tikus : Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?
Katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
Ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing : Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda : Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura : Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi : Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak : Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua : Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan : susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera : semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus : Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat : Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong : Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
Kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..
Lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee….
Itik Serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. …nk tiru aku le tu.. lol….
Ikan Laga : Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.
Ikan Parang : Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung : Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
Ikan Sepat : Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis : Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana : Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki : macam mana nak kurus nie?

Tuesday, July 6, 2010

Comey nyer.....

Semalam tgh2 aku dok belek2 facebook tbe2 aku ternampak 1 gambar ni kat page someone. Perhati punyer perhati tbe2 de 1 gambar ni menarik btol perhatian aku. Aku rase comel sangat budak 2. Geram menengok nyer... Tidak ku sangka sewaktu kecil nyer comel bangat.. hehehe... 

Sepanjang hari aku dok teringat gambar 2.. nak gelak kang org kate giler lak gelak sorang2.. hanye mampu tersenyum je la bile ingt gambar 2.. hahaha...

Tau tak gambar pe yg wat aku cam hepi je nengok nyer???

Tadaaaaaaa... ni la gambar nyer.. comel x si botak itu?? ;p


Kenal tak sape yang lam gambar 2??? Mane yang kenal tue kenal la. Yang xkenal tue carik la sampai jumpe yer. Tak kan aku mention name nyer di mane2 sbb that is my privacy.. hehehe...

Ya ampun tuan punye gambar. Mintak ampun ya kerana curik gambar kamu... tapi saya curik ckit je xbyk pn.. hehehe.. Sorry bangat.... tapi walau apapun, sy suke nengok pic ini... ;)

Thursday, June 24, 2010

Balik kampung ooooo balik kampung

Aku amik cuti seminggu tuk balik kampung. Balik dua kampung, kampung mak ngn abah. Penang n Perak. Besh oooo coz da lame xalik an. Asik sibuk kat KL jer. Sekali balik mmg besh laa. Tapi malangnyer xpat makan durian coz cam takde sgt. So, sape2 yg nak sponsor durian, sila lah. hu3. Tapi aku bkn nak cite sal durian tp aku nak cite sal anak2 sedare aku kat penang. huh.. rindu gler kat dorang. Dorang pun da besar ckit da dr dulu. Dah pandai ckit. Lagi2 afiszuddin. Makin encem da dier. Da reti amik gambar lak 2 skrg nih. Bile aku suh senyum die wat la muke senyum tp muke senyum die agak pelik ckit. hahaha.. suh senyum nmpk gg, suh wat mulut muncung.. sume la die wat.. funny gler.. comel lak 2. Pas tu da semakin lasak dah. Geram aku.. pat kat aku simpan lam guni. hahaha.. Jap eh aku tunjuk gambar dier.

ni sume ni muke die senyum... ha3..

ni lak muke die senyum nampak gigi... ;D

ni muke nak cium... ;)



Pelik2 kan muke die senyum.. hahaha... Macam-macam la afis nih.. anak2 sedare yg len punye gambar pn ade tp xbyk sgt. so, kite tgk gambar apis je la yer.. hehehe....

Tuesday, June 8, 2010

Marraton Wayang!

Sejak 2menjak ni aku memanjang tgk wayang jer. Bak kate kak jaa, hobi baru. Start ngn The Loser, pastu Iron Man 2, Robin Hood, Bounty Hunter, Prince of Persia sampai 2kali tgk.  Then tgk Kecoh Betol plak. Besok nak tgk Lagenda Budak Setan plak.





Bayangkanlah dari bln 4 da brp byk filem da aku tgk. ish3.. nak wat cam ne an, lau buhsan tgk wyg la cara yg terbaek. Nak men boling xde sape yg minat, nak g karoke xcukup korum. Tengok wayang sensorang pn bole layan. So, tgk wayang la hobi yg terbaek tuk aku.

Lagi pn tgk wayang adelah cara tuk lepaskan tension.. huh..

Tapi jangan risau, pas Lagenda Budak Setan, aku xstop lg, pas tu nak tgk, A Team, Karate Kid, Killer... perghh.. byk yg menunggu ni. hahaha...